Akademi Merdeka, 5 – 7 Februari 2010
Salam sejahtera,
Anda dijemput untuk memohon menghadiri Akademi Merdeka yang akan diadakan pada 5 – 7 Februari 2010 (Jumaat – Ahad) bertemakan "Perlembagaan dan Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang".
Akademi Merdeka kali ini akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini. Para peserta juga akan berpeluang berinteraksi dengan wakil-wakil pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang.
Lokasi Akademi Merdeka kali ini ialah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor.
Akademi Merdeka ialah satu kursus pendek yang membincangkan dengan mendalam prinsip-prinsip penting untuk negara, seperti kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan kemerdekaan individu. Program dikendalikan oleh tokoh-tokoh tersohor dari dalam dan luar negara dan biasanya berlangsung daripada hari Jumaat sehingga Ahad. Semua peserta dimestikan menginap di tempat program. Para peserta juga dibekalkan dengan buku, kertas kerja serta lain-lain bahan rujukan.
Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah:
- Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan
- Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia
- Hak asasi manusia dan perlembagaan
- Kedudukan istimewa Islam dan Melayu
- Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia
- Mendepani cabaran keperlembagaan
Akademi Merdeka merupakan satu program unik yang akan mencabar minda dan membina daya intelektual golongan mahasiswa dan professional muda. Biasanya sekitar 30-40 orang peserta akan dipilih untuk menyertai akademi intensif ini.
AkademiMerdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan. Tetapi kos pengangkutan mungkin akan dibiayai dalam kes-kes tertentu sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.AkademiMerdeka.org »
Terima kasih
Editor, AkademiMerdeka.org
I have sent my registration form and am now waiting for the result. Hope that I can successfully participate this inspiring camp with a grant on its scholarships as well.=)
Saturday, January 16, 2010
Akademi Merdeka
Labels:
Ray's Events